Hamirul Hafizal

Apa itu GAP Public Gold ?

Hamirul Hafizal

Hamirul Hafizal

Authorize Dealer Public Gold PG00104897

 273 Jumlah pembaca

Antara halangan ramai yang nak simpan emas dan takut nak simpan sendiri. Risau hilang entah kemana-mana.

Kalau dalam Akaun Emas di bank, Kebanyakkanya non-shariah. Kalau sewa safe deposit box. hanya sebahagian sahaja mudah diuruskan.

Jadi cabaran kat mana simpan emas ini selalu jadi ‘dinding’ untuk sesetengah orang yang baru simpan emas.

Cabaran kedua, modal kecil. Bajet cuma serendah RM100 sahaja sebulan.

Alhamdulillah, atas cabaran ini la Public Gold melancarkan produk dan kaedah pembelian yang dinamakan Gold Accumulation Program (GAP).

sebenarnya, tujuan Akaun Emas GAP untuk bantu lebih ramai orang memulakan simpanan emas dengan cara yang lebih mudah.

Selesai masalah di mana nak simpan,
Selesai masalah bajet kecil untuk bermula.

Ini cara membeli emas di Malaysia yang paling mudah, paling murah, dan paling penting, ianya patuh syariah!

Walaupun ianya Akaun Emas, sebenarnya kita beli Emas Fizikal

Sungguhpun nama “Akaun Emas”, hakikatnya ia adalah emas fizikal. Beli emas, dan dapat pegang emas fizikal. Berbeza dengan kebanyakkan akaun emas di bank, sekadar tengok nombor dalam akaun.

Kita bebas boleh keluarkan emas fizikal dan simpan sendiri pada bila-bila masa. Paling minimum item gold bar 1 gram.

Yang paling menarik, kita boleh beli dengan bajet serendah minimum RM100. Jadi kita boleh jadikan emas ni sebagai salah satu bentuk simpanan setiap bulan. Setiap kali dapat gaji, potong minimum RM100 untuk disimpan ke dalam Akaun Emas GAP.

Berdasarkan pengalaman saya dan majoriti penyimpan emas di bawah bimbingan saya, Akaun Emas GAP ini jauh lebih berkesan berbanding simpan duit dalam akaun bank. Simpan dalam bentuk emas  jauh lebih bertahan, berbanding simpan duit dalam akaun bank biasa selalu terpakai. Kebanyakkan penyimpan emas sudah ketagih simpan emas, Simpan emas buat kita happy dan rasa kaya !

Beli emas serendah RM100 setiap kali belian. Bila cukup gram dalam akaun, boleh pilih apa-apa item emas dalam bentuk dinar ataupun gold bar berketulenan 999.9 (24 karat). Gold bar edisi BungaMas ini juga boleh dikeluarkan dari Akaun Emas GAP.

Kelebihan Akaun Emas GAP

Berdasarkan pemerhatian saya sehingga tahun 2021,  lebih 80% pembeli emas Public Gold lebih suka beli emas melalui Akaun Emas GAP berbanding beli terus emas fizikal beli melalui kaedah konvensional (diistilahkan sebagai “Outright Purchase”).

Inilah kaedah beli dan simpan emas PALING MUDAH, dan PALING MURAH di Malaysia buat masa ini. Dan paling penting ianya PATUH SYARIAH.

Ini saya senaraikan beberapa kelebihan Akaun Emas GAP:

  1. Boleh mula beli & simpan emas fizikal secara online dengan bajet minimum RM100. Kalau nak top-up, minimum RM100. Maksudnya boleh top-up RM100, RM101, RM102 dan seterusnya.
  2. Tak ada syarat wajib beli setiap bulan. Boleh beli & jual bila-bila masa secara online.
  3. Emas tu boleh simpan dengan Public Gold secara PERCUMA. Tak ada had belian & tak ada had tempoh masa untuk simpan. Tiada yuran simpanan dikenakan.
  4. Kalau beli 1 gram, emas tu kekal 1 gram dalam akaun walaupun harganya dah berubah.
  5. Kalau nak keluarkan emas tu & simpan sendiri pun boleh. Boleh keluarkan bila-bila masa.
  6. Boleh minta Public Gold poskan emas terus ke rumah melalui servis dinamakan GIT (Gold In Transit) atau keluarkan dari mana-mana cawangan Public Gold seluruh Malaysia pada bila-bila masa.
  7. Boleh keluarkan emas fizikal paling kecil gold bar 1 gram, paling besar emas 1 kilo. Item dinar pun boleh. Asalkan cukup baki dalam akaun.
Akaun Emas GAP konsepnya sama macam akaun bank. Bezanya, akaun bank simpan duit, tapi akaun GAP kita simpan emas. Dalam akaun GAP tu akan tertera berapa jumlah GRAM emas yang kita simpan, bukan "ringgit" yang kita beli.

Apa Yang Perlu Tahu Tentang GAP?

Apa yang perlu tahu tentang Akaun Emas GAP:

  • Emas yang kita beli itu ialah emas berketulenan 999.9 (24 karat).
  • Item emas fizikal paling kecil yang boleh dikeluarkan dari Akaun Emas GAP ialah gold bar 1 gram. Paling besar gold bar 1 kilogram.
  • Boleh keluarkan semua emas yang kita simpan tu pada bila-bila masa. Cuma sebaiknya tinggalkan baki 1 gram pada setiap masa akaun kekal aktif. Kalau keluarkan semua emas dalam akaun tanpa sebarang baki, ia ditanggap tutup akaun. Bila nak aktifkan semula, Public Gold kenakan caj RM50.
  • Urusniaga 24 jam sehari, 365 hari setahun. Boleh beli secara online, dan jual pun secara online.
  • Setiap pengeluaran emas fizikal akan dikenakan caj “gold premium” (atas setiap keping emas) sebagaimana beli emas fizikal Public Gold yang lain. Kalau tak keluarkan emas tu secara fizikal, gold premium tak dikenakan.
  • Untuk minta Public Gold poskan emas (melalui servis GIT), caj penghantaran dikenakan sebanyak RM10 (Semenanjung Malaysia) atau RM20 (Sabah & Sarawak). Setiap bungkusan pos dihadkan 21.25 gram (5 dinar). Ianya dilindungi insuran.
  • Untuk ibubapa, boleh buka Akaun Junior untuk anak berumur bawah 18 tahun. Satu anak satu akaun. Syaratnya cuma mesti ada MyKid, dan kena daftar akaun bersama ibu atau bapa atau penjaga. Pilih salah satu sahaja. Kalau daftar bersama ibu, maksudnya hanya ibu sahaja yang boleh buat segala urusan jual beli.
  • Kaedah belian ini disahkan patuh syariah oleh penasihat syariah Public Gold, iaitu Amanie Advisors Sdn. Bhd.
Sijil pengesahan patuh syariah Public Gold, ditandatangani oleh Datuk Dr. Mohd Daud Bakar.

Siapa Yang Dapat Manfaat Dengan GAP?

Saya nampak, GAP Public Gold ini sangat sesuai bagi sesiapa yang:

  1. Nak mulakan simpanan emas dengan bajet kecil. Iaitu bawah RM1,000.
  2. Nak simpan emas dan takut simpan sendiri.
  3. Nak beli emas Public Gold, sedangkan menetap di luar negara atau tinggal di tempat yang jauh dari pejabat Public Gold.
  4. Nak beli emas secara konsisten dengan bajet minimum RM100 sebulan. Ia boleh jadi alternatif simpanan masa depan anak-anak dengan bajet RM100 sebulan setiap anak.

Cara Mudah & Cepat Beli Emas Melalui GAP

Kalau dah jelas dan sedia untuk buka Akaun Emas GAP, ikut langkah di bawah ni:

Sila KLIK untuk daftar percuma dan buat belian Akaun Emas GAP secara online dan ikuti tip penting ini:

  • Ketika mendaftar, pastikan tick checkbox yang tertulis “Generate PG Code”. Dan pastikan buat belian dalam waktu 24 jam setelah membuat pendaftaran. Jika tidak, akaun anda akan dibekukan.
  • Bagi yang pernah membeli emas dengan Public Gold sebelum ini, boleh terus guna saja “PG Code” sedia ada.
  1. Setelah daftar tunggu 10 – 15 minit dahulu, kemudian terus login website Public Gold, dan klik butang merah yang tertulis “GAP Buy Now“.
  2. Sekiranya ada notification untuk “update profile”, sila abaikan dahulu. Anda boleh terus membuat belian dan bayaran. Kerja update profile tersebut boleh dibuat kemudian.
  3. Kemudian klik butang hijau yang tertulis “Go To New Site” > Klik “Buy GAP Now” pada butang merah disebelah gambar emas 1000 gram.
  4. Mode of Payment, sila klik “Pay Online (FPX)” sekiranya anda menggunakan perbankan online. Ini cara paling mudah dan cepat membuat bayaran dan pembelian emas anda lebih cepat disahkan oleh Public Gold. Pilih mode of payment “Bank In” hanya jika anda tidak mempunyai kemudahan perbankan online sahaja. Saya tidak galakkan kaedah ini kerana proses pengesahan pembelian akan mengambil masa agak dalam 3 – 4 hari.
  5. Selesai.
  1. Tunggu belian anda dikreditkan ke GAP Statement anda paling lewat dalam masa 4 hari bekerja.

    Kalau buat bayaran menggunakan “Pay Online (FPX)“, hanya beberapa jam sahaja.

    Untuk semak GAP Statement:

Cara Keluarkan Emas Fizikal

Emas itu boleh disimpan dengan Public Gold sampai bila-bila masa tanpa sebarang caj (ianya percuma). Kalau nak simpan sendiri, boleh keluarkan emas fizikal pada bila-bila masa.

Untuk keluarkan emas fizikal, ada 2 cara:

#1 – Servis Penghantaran Emas Ke Rumah

Terdapat pelbagai pilihan emas fizikal yang boleh dikeluarkan daripada Akaun Emas GAP dan diposkan terus ke rumah menggunakan pos berinsuran. 100% dijamin selamat. Ia benar-benar memudahkan. Peace of mind.

 

#2 – Ambil di Branch PG Terdekat

Cara kedua, datang sahaja ke mana-mana cawangan Public Gold, tunjuk I/C, dan bayar caj premium atas setiap keping emas tu.

Boleh pilih sebarang item emas samada dalam bentuk GOLD BAR atau DINAR, asalkan cukup baki gram yang ada dalam akaun GAP tu.

Tapi sebelum datang, pastikan BOOK APPOINTMENT dulu untuk branch simpankan stok / item yang anda nak keluarkan itu.

Ini senarai caj premium atas setiap keping emas fizikal yang dikeluarkan. Cajnya mengikut setiap item yang dikeluarkan, bukan mengikut gram.

 

Mulakan Simpanan Emas Sekarang

Zaman Moden, Akaun Emas GAP adalah kebaikkan kita, semua orang mampu simpan emas.

Sejak 2010 saya aktif sebagai dealer emas PG, saya boleh katakan inilah cara paling mudah dan paling murah simpan emas di Malaysia. Kita boleh beli serendah RM100, dan transaksi boleh dilakukan 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

Public Gold akan hantar emas itu sampai ke pintu rumah kita.

Pendek kata, sambil tergolek atas katil pun boleh beli emas Public Gold!

Kalau anda ada sebarang persoalan lanjut atau nak mulakan simpanan emas serendah RM100, boleh contact saya. InsyaAllah saya boleh guide.

Wassalam.

Hamirul Hafizal
Kod Dealer: PG00104897
Johor Bahru
13 Sept 2021

[Artikel ini dikemaskini pada 13 Sept 2021]

Share on facebook
Facebook
Share on telegram
Telegram
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp

PERHATIAN!

“Mungkin sepatah kata anda bermanfaat buat pembaca lain.

Sila tinggalkan di ruang komen”
– Hamirul

Dapatkan info Emas dan promosi terkini

Tiada Telegram ? Kami Bantu

Register