Hamirul Hafizal

RAHSIA-JUTAWAN-EMAS-2021

Rahsia Jutawan Emas Bertambah Kaya!

Hamirul Hafizal

Hamirul Hafizal

Authorize Dealer Public Gold PG00104897

 391 Jumlah pembaca

Jika anda mencari jawapan apakah rahsia dan kenapa Jutawan Emas Bertambah Kaya !

Artikel ini adalah paling tepat.
Sebab, ianya ditulis sendiri Jutawan emas, En Mohd Zulkifli Shafie. Beliau adalah mentor perniagaan PG saya.



Semakin lama semakin kaya. Dulu kerja bertahun-tahun, tapi simpanan tak ada. Jangan kata simpanan untuk pendidikan anak-anak, simpanan paling asas sebanyak 3 bulan gaji pun belum ada! Tapi sejak mula menyimpan emas, jumlah simpanan makin lama makin bertambah. Sekejap sahaja dapat cukupkan simpanan kecemasan 3 bulan gaji. Bahkan ada yang mampu simpan cukup 6 bulan gaji sejak mula menyimpan emas.

Itulah pengalaman saya mendapat banyak feedback setelah membimbing lebih 5,000 penyimpan emas sejak 2010 di Malaysia, Brunei, Indonesia dan Singapore. Dan inilah memotivasikan saya untuk terus mendidik masyarakat simpan emas melalui platform yang disediakan oleh Public Gold, iaitu syarikat (perusahaan) pengeluar emas pelaburan (investasi) terbesar di Malaysia. Siapa beli emas, maksudnya dia simpan duit. Bukan habiskan duit. Duit itu ditukarkan kepada bentuk yang lebih baik, iaitu emas.

Cara Berkesan Kawal Naluri

Memang terbukti, emas membuatkan penyimpannya bertambah kaya. Bukan sebab harga emas naik melambung-lambung (bahkan ada juga harga emas turun dalam jangka pendek), tetapi disebabkan NALURI kita pada emas sangat berbeza berbanding naluri kita terhadap wang kertas.

Naluri kita pada emas; sentiasa rasa nak simpan, nak kumpul lebih banyak, dan tak nak dibelanjakan. Bila simpan emas, tak akan terlintas dalam fikiran kita untuk berbelanja dengan emas itu. Bah bila sudah ada emas (terutamanya emas bersaiz besar), kita mula ‘ketagih’ untuk simpan lebih banyak emas. Emas itu sangat cantik. Lagi dipandang, lagi kuat keinginan untuk beli lebih banyak emas!

Gold bar Bungamas Public Gold. Salah satu tip untuk pastikan simpanan emas bertambah ialah pegang dan lihat emas itu hari-hari, terutamanya emas yang bersaiz besar seperti gold bar 100 gram. Lagi dipandang, lagi kuat keinginan kita tambah simpanan emas.

Itulah sebab kenapa ramai penyimpan emas tak banyak simpan duit tunai, termasuk saya. Bila ada sahaja duit, automatik fikir nak beli emas. Tapi tak perlu khuatir, emas itu pun adalah duit tunai juga. Kalau nak pakai duit, boleh jual atau gadai sahaja emas itu di ar-rahnu. Kita boleh dapat duit on the spot.

Berbeza dengan simpan duit kertas.

Tangan kita akan ‘gatal’ bila pegang duit banyak. Gatal untuk berbelanja. Lagi diingat duit itu, lagi kuat keinginan untuk berbelanja, dan lagi cepat duit itu habis! Naluri kita pada duit kertas memang untuk berbelanja. Bahkah duit kertas itupun sebenarnya dicipta supaya kita berbelanja! Itulah puncanya kenapa banyak orang ada masalah, “simpan sedikit-sedikit, lama-lama masih sedikit”! Kerja bertahun-tahun, tapi simpanan kecemasan 3 bulan gaji pun belum ada!

Gold bar Tai Fook Public Gold. Sangat cantik. Tengok emas ini hari-hari, mesti ‘ketagih’ nak kumpul lebih banyak emas. Tapi kalau simpan duit, jangan tengok hari-hari. Nanti duit itu bocor!

Cara Berkesan Menyimpan Wang

Cuba tukar cara menyimpan pulak.

Duit yang nak digunakan dalam masa terdekat dan untuk hal-hal kecemasan, simpan dalam Tabung Haji atau ASB. Bagi simpanan jangka panjang, simpan dalam bentuk emas. Tengok kesan dan perbezaanya nanti. Pasti berbeza, insyaAllah.

Bagi yang baru nak mula simpan emas, saya boleh cadangkan mula dengan tabiat menyimpan emas #1gram1bulan melalui #AkaunEmasGAP dulu. Itu cara paling mudah, dan paling murah untuk simpan emas yang disediakan oleh Public Gold. Disiplinkan yang itu dulu.

Saya percaya, dengan tabiat menyimpan emas 1 gram 1 bulan, pada bulan ke-10, jumlah simpanan emas bukan sekadar 10 gram (1 gram x 10 bulan), tetapi lebih! Ya, memang lebih. Itu feedback yang saya terima dari kebanyakkan penyimpan emas, samada di Malaysia, Brunei, Singapore ataupun Indonesia!

Mereka jadi lebih kaya bila menyimpan emas!

Alhamdulillah.

Hamirul Hafizal
Johor Bahru
17 September 2021

Share on facebook
Facebook
Share on telegram
Telegram
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp

PERHATIAN!

“Mungkin sepatah kata anda bermanfaat buat pembaca lain.

Sila tinggalkan di ruang komen”
– Hamirul

Dapatkan info Emas dan promosi terkini

Tiada Telegram ? Kami Bantu

Register